-->
DRESANALA

+ download Dresanala II: Baladewa-x | zip | doc | pdf | pdb |

Biara Ambilobe

Biara Ambilobe telah dibina sejak penduduk Hermoso mula memahami tentang mutasi yang telah berlaku ke atas diri mereka. Ia telah dibina untuk lebih memahami tentang keadaan diri mereka yang mempunyai daya psikik yang tinggi dan luarbiasa malah begitu tepat.

Gresik

Pelabuhan Gresik merupakan sebuah pelabuhan tentera yang agak besar yang telah dilengkapkan dengan sebuah limbungan bagi tujuan pembaikan kapalangkasa. Ia terkenal di dalam zaman Dinasti Kartosuro apabila ia digunakan sebagai pelabuhan bagi kapalangkasa Empayar Dresanala yang berlepas untuk menakluki dunia-dunia yang ingin ditaklukinya.

Kali's Casbah

Kali’s Casbah merupakan diantara sektor tertua di Kota Metro-M. Dahulu ia terkenal sebagai penempatan mereka dari kelas pertengahan. Kini, ia lebih terkenal sebagai sebuah pusat hiburan dan bazaar yang menjual banyak barang-barang dari pasaran gelap. Ramai pelarian-pelarian perang dari planet Bihar kini menetap di sini secara haram.

Limbungan Varuna

Limbungan Varuna adalah limbungan kapalangkasa kelas bintang yang telah di bina di atas orbit Krisna II. Limbungan ini telah dikawal dengan ketat oleh pihak Pasukan Marin Angkasalepas kerana ia mempunyai sebuah limbungan rahsia yang digunakan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunannya untuk tujuan membina kapalangkasa jenis prototype.

Metro-R

Metro-R yang terletak di hadapan lautan Hanuman ini terkenal sebagai penempatan mereka yang ingin bersara dan sebuah pusat pelancongan yang paling terkemuka di Krisna II. Metro-R digemari oleh para pesara dan para pelancong kerana iklim cuaca tropika yang dialaminya di situ.

Metro-R yang terletak di hadapan lautan Hanuman ini terkenal sebagai penempatan mereka yang ingin bersara dan sebuah pusat pelancongan yang paling terkemuka di Krisna II. Metro-R digemari oleh para pesara dan para pelancong kerana iklim cuaca tropika yang dialaminya di situ.

Penjara Al-taqwa

Penjara ini terletak di Planet Kimkanskoye yang tandus. Ia adalah sebuah penjara yang telah dikhaskan untuk tahanan politik serta banduan-banduan yang ganas. Ia terkenal sebagai sebuah penjara yang sering digunakan sebagai pusat penyeksaan tahanan politik oleh Perbadanan Bumi. Jarang terdapatnya tahanan yang terus hidup di dalam penjara ini sehingga tiba masanya untuk mereka dilepaskan. Kebanyakkan dari tahanan akan mati secara ‘misteri’ di dalam penjara dan terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa mayat mereka yang telah mati telah dikitar semula sebagai bahan makanan untuk banduan-banduan yang ada.

Pesantren Wonogiri

Sebuah pesantren merupakan sebuah maktab untuk melahirkan Warok-warok yang terlatih. Seorang Warok akan dimasukkan ke dalam sebuah pesantren sebaik-baiknya sebelum mereka mencecah usia 12 tahun. Latihan ketenteraan yang diamalkan di pesantren agak berat dan mereka yang dapat meneruskan pengajian di dalam sesebuah pesantren dikira sebagai yang terbaik diantara yang terbaik.
Pesantren Wonogiri merupakan pesantren yang paling elit diantara pesantren-pesantren yang ada. Ia terletak di planet padang pasir Wonogiri yang tandus. Ia terkenal sebagai sebuah pesantren yang banyak melahirkan Laskar-laskar yang terlatih. Di sana, seorang Warok dilatih dengan ilmu-ilmu mistik serta ilmu peperangan yang mereka perlukan ketika mereka bertugas untuk Empayar Dresanala nanti.

Stesyen Angkasa La Mer

Stesyen Angkasa La Mer telah siap dibina pada tahun 2120. Ia adalah di antara stesyen angkasa yang paling besar mengelilingi orbit bumi (juga salah satu dari enam objek buatan manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar dari bumi). Ia digunakan sebagai pelabuhan angkasa untuk kapal-kapal besar yang membawa manusia berhijrah ke koloni-koloni lain, di angkasa.

Stesyen Dasar Laut Kiribati

Stesyen Dasar Laut Kirimanga adalah stesyen kelas penyelidikan IV yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 1,047 orang yang terdiri dari para saintis, pelombong, dan mereka yang menjaga stesyen laut dalam ini. Stesyen ini juga mempunyai sebuah hotel untuk para pelancong yang mahu meneroka lautan dalam di jurang Kiribati.

all contents by © Nizam Zakaria » 2002 All rights reserved | made with Dreamweaver MX