-->
DRESANALA

dapatkan novel terbaru dari trilogi sci-fi Dresanala

+ download Dresanala II: Baladewa-x | zip | doc | pdf | pdb |

apakah itu Dresanala?

Dresanala; nama sebuah planet di sektor Meru. Pada mulanya, ia telah ditemui oleh sekumpulan lanun yang dikenali sebagai Syarekat Dagang Tawon (SDT) pada tahun 2242. Tanpa mereka sedari, tatkala mereka meneroka planet tersebut, mereka menemui sebuah piramid yang didirikan sepenuhnya dari kristal Kiribati. Kristal Kiribati adalah sejenis kristal yang boleh dijadikan bahan bagi menjana enjin hyperpacuan yang digunakann oleh mereka semasa menjelajah semesta. Selain penemuan longgokan kristal tersebut, mereka juga diketemukan dengan beratus ribu makhluk asing yang mendiami kapsul-kapsul kryogenik di beberapa pelusuk planet tersebut. Mereka adalah kaum Isbin; makhluk asing pertama yang ditemui oleh manusia. Fitrah manusia, lazimnya, kuat menundukkan lemah; mereka telah mengambil kesempatan ini untuk memperhambakan kaum Isbin dan mencuri teknologi yang beribu-ribu tahun ke hadapan berbanding dengan teknologi manusia yang agak ketinggalan, pada waktu itu!

baladewa-x

Baladewa-x adalah buku kedua dari trilogi Dresanala. Sebagai sebuah naskah, ia mampu berdiri dengan sendirinya. Ia boleh dibaca tanpa perlu merujuk ke buku pertama atau buku ketiga. Walaubagaimanapun, untuk memahami dengan lebih lanjut dunia Dresanala, adalah lebih baik jika pembaca membaca kesemua siri dari trilogi ini.

Penulis telah memulakan sirinya ini dari buku kedua (Baladewa-x) kerana baginya, siri kedua lebih senang dilakarkan dan mungkin lebih pendek dari buku pertama dan buku ketiga.

Hasrat penulis, trilogi Dresanala ini akan dianggap sebagai sebuah warkah yang disatukan di dalam sebuah buku (e-book).

pesanan penulis

Novel ini diberikan percuma kepada pembaca dengan harapan bahawa penulis dapat memupuk minat membaca di kalangan pembaca. Penulis meminta pembaca yang meminati novel* ini supaya memperkenalkannya kepada sahabat-sahabat mereka (dan seterusnya kepada sahabat-sahabat mereka yang lain). Penulis juga berharap, pembaca akan terus membaca dan menyokong hasil kerja penulisan Melayu.

Memandangkan siri novel sci-fi Dresanala ini boleh didapati dengan percuma, penulis meminta supaya pembaca terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penulis-penulis bahasa Melayu dengan membeli karya-karya mereka di pasaran. Pembaca siri novel sci-fi Dresanala boleh memulakan sumbangan mereka kepada dunia penulisan Melayu dengan membeli karya yang bertajuk: 'LAGI CERPEN-CERPEN UNDERGROUND (LCCU)'. Terima kasih.

Salam,

Nizam Zakaria

*novel ini dibenarkan dibuat beberapa salinan dan diedarkan kepada pembaca-pembaca lain dengan percuma.

all contents by © Nizam Zakaria » 2002 All rights reserved | made with Dreamweaver MX